Entry: saksi Wednesday, April 01, 2009



 

 

   'kau tak berani mengungkapkan kebenaran'
    getusku. Dan kau cuma tertawa sambil melirik
    teman pembantumu disebelah.
    'setelah sekian lama berharap, aku gantungkan
    hasrat sepenuh jiwa ke surah Al-Khafi.kau tau?
    demi memenuhi janji. menzahirkan kata
    yang tertanam belasan tahun'. Ini sudah tertunai.
    Aku menyambung
    kata. Iya, aku tau kau sedang membaca aku tika itu
    aku rasakan matamu menancap wajahku.menilik
    kebenaran. Tika aku melihat pembantumu 
    waktu kita duduk bertiga mencecapi hidangan
    dipetang redup itu -di Kotamu.
    
    
    'Kau tak berani menyatakan kebenaran!'
     kataku.
    dan kau menyungguh aku kepada yang lain
    dia dan dia. Siapa mereka? cemburu melulu!
    dan kau benar mengujiku dengan cinta.
    yang sama sekali tak beranjak dari jiwa 
    kau fahami ini. 'Aku menghafalmu dengan degupmu'
    dan setiap diski yang kau bariskan. Telah kumaknai
    isyaratnya. kekuatan apa 'kuluncur' katakata
    ini padanya. kerana cinta? kasih sayang yang kau
    ajari aku.Sekian tahun . Dan penghubungnya Ratib Al-attas
    ya Allahhu biha . Rindu abadi dan abadi
    cinta abadi dan abadi.
    'kepada ilahi kita pasrah'.katamu
    dengan sayu. Berdengung dalam diamku
    diamku.
    iya,kutau!
    biar Allah MEMANDU
    KITA.katamu 
    Maha suci Allah.kataku. Allah Allah
    Allahu akbar!

 

     Kota Kinabalu-Kuala Lumpur - Kota Kinabalu
     Mac 2009
     (R.Umar Kayyam KL 18)

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments